Thursday, December 13, 2012

Kesihatan - Sihat Sepanjang Masa


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Sudah tentu anda tidak mahu jatuh sakit bukan? Jadi anda perlu menjaga kesihatan diri anda dengan baik setiap hari. Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk membuatkan sihat sepanjang masa.

Banyakkan meminum air masak atau air yang sudah ditapis sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Pastikan anda memakan atau meminum makanan yang bersih dan tidak terdedah kepada serangga mahupun bahan kimia seperti penyembur racun serangga dan sebagainya.


Jangan sesekali membeli dan memakan makanan dari tempat-tempat yang kotor dan tidak terjamin kebersihannya.


Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Terpulang sama ada hendak berjalan sahaja atau berjoging mengikut kemampuan anda.


Cuci tangan dengan bersih dan sempurna (gunakan sabun) selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan serta selepas melakukan kerja-kerja yang mengotorkan tangan.


Tidur secukupnya pada waktu malam kerana tidur pada waktu malam adalah tidur yang paling berkualiti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...