Sunday, September 30, 2012

Kesihatan - Sihat Cara Rasulullah


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Rakyat di Malaysia pada masa ini secara umumnya sangat menyukai makanan-makanan segera dan tidak mementingkan kesihatan tubuh badan. Ini kerana walaupun makanan segera telah terbukti tidak sihat, terdapat banyak cawangan-cawangan restoran makanan segera yang baru di buka dengan banyaknya, bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.













Tidak salah untuk memakan makanan segera tetapi kita seharusnya bijak menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat sekililing daripada dijangkiti penyakit. Di sini ingin saya kongsikan beberapa cara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W bagi memastikan badan kekal sihat walaupun kita sering menikmati makanan-makanan segera, antaranya ialah:-

  • Elakkan dari memakan makanan darat bercampur makanan laut serta kombinasi-kombinasi seperti di bawah kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit:-
    1. Susu dan daging
    2. Daging dan ikan
    3. Ikan dan susu
    4. Ayam dan susu
    5. Ikan dan telur
    6. Ikan dan daun salad
    7. Susu dan cuka
    8. Buah dan susu (contohnya, koktail)

Kesihatan - Tips-tips Mudah Untuk Mengurangkan Berat Badan


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama dan terdapat banyak cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan sama ada dari segi sains mahupun Al-Quran. Antaranya adalah seperti:-

  • Bersenam atau beriadah
  • Merancang dan mengawal tabiat pemakanan
Masalah berat badan berlebihan atau lebih dikenali sebagai obesiti bukanlah satu perkara baru yang berlaku di Malaysia ini. Malah masalah ini sudah  di tahap yang sangat membimbangkan kerana ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda. Kegiatan harian dan cara pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu punca utama masalah ini berlaku.




Rakyat Malaysia selalunya akan memikirkan cara mudah untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan ini seperti:-
  • Mengambil pil-pil diet
  • Pembedahan membuang lemak
  • Memakan jamu-jamu dan ubat-ubatan yang belum terbukti keberkesanannya
  • Pergi ke pusat-pusat pengurusan berat badan
Semua cara-cara tersebut memakan kos yang tinggi di samping terdapat kesan-kesan sampingan yang kita tidak tahu.Tahukah anda bahawa amalan meminum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda?Cara ini adalah terbukti berkesan jika diamalkan secara terus menerus ia akan membantu mengurangkan berat badan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...