Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama dan terdapat banyak cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan sama ada dari segi sains mahupun Al-Quran. Antaranya adalah seperti:-
- Bersenam atau beriadah
- Merancang dan mengawal tabiat pemakanan
Masalah berat badan berlebihan atau lebih dikenali sebagai obesiti bukanlah satu perkara baru yang berlaku di Malaysia ini. Malah masalah ini sudah di tahap yang sangat membimbangkan kerana ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda. Kegiatan harian dan cara pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu punca utama masalah ini berlaku.
Rakyat Malaysia selalunya akan memikirkan cara mudah untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan ini seperti:-
- Mengambil pil-pil diet
- Pembedahan membuang lemak
- Memakan jamu-jamu dan ubat-ubatan yang belum terbukti keberkesanannya
- Pergi ke pusat-pusat pengurusan berat badan
Semua cara-cara tersebut memakan kos yang tinggi di samping terdapat kesan-kesan sampingan yang kita tidak tahu.Tahukah anda bahawa amalan meminum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda?Cara ini adalah terbukti berkesan jika diamalkan secara terus menerus ia akan membantu mengurangkan berat badan anda.
Antara tips-tips lain adalah:-
- Makan 5-7 hidangan kecil berbanding makan 2-3 hidangan besar-ini adalah untuk membantu anda mengawal nafsu makan dan memastikan badan mendapat tenaga sepanjang hari.
- Jangan langkau hidangan-ia tidak dapat membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan akan menurun.
- Kenali keperluan kalori harian anda-pastikan anda mengetahui jumlah pengambilan kalori.Cekodok.com dapat membantu anda mengetahui kandungan kalori dalam makanan yang anda ambil.
- Elakkan kalori daripada minuman-elakkan pengambilan minuman dalam tin kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan meminum air mineral atau air masak-kerana ia tidak mengandungi kalori.
- Kurangkan pengambilan garam-kerana ia akan menambahkan takungan air dalam badan.
- Jangan makan buah-buahan secara berlebihan-kerana ia mengandungi vitamin dan mineral serta mengandungi kandungan gula yang dapat menggemukkan.
- Segenggam karbohidrat-samaada memakan nasi, roti, atau apa-apa saja sumber karbohidrat pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jika masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
- Senaman-senaman adalah tidak penting untuk mengurangkan berat badan tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Pastikan anda membakar lemak dan bukannya glukosa-jika anda bersenam dengan tujuan untuk membakar lemak pastikan anda tidak mengambil minuman isotonik.
Semoga tips-tips yang saya kongsikan di atas dapat membantu anda menguruskan berat badan anda dengan lebih baik dan jangan berputus asa selagi tidak berjaya. Sesungguhnya kejayaan tidak datang dengan mudah. Selamat mencuba =)
untuk permulaan , tahniah .
ReplyDeletenot bad...tEruskan perkongsian ilmu saudara..
ReplyDelete