Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Rakyat di Malaysia pada masa ini secara umumnya sangat menyukai makanan-makanan segera dan tidak mementingkan kesihatan tubuh badan. Ini kerana walaupun makanan segera telah terbukti tidak sihat, terdapat banyak cawangan-cawangan restoran makanan segera yang baru di buka dengan banyaknya, bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Tidak salah untuk memakan makanan segera tetapi kita seharusnya bijak menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat sekililing daripada dijangkiti penyakit. Di sini ingin saya kongsikan beberapa cara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W bagi memastikan badan kekal sihat walaupun kita sering menikmati makanan-makanan segera, antaranya ialah:-
- Elakkan dari memakan makanan darat bercampur makanan laut serta kombinasi-kombinasi seperti di bawah kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit:-
- Susu dan daging
- Daging dan ikan
- Ikan dan susu
- Ayam dan susu
- Ikan dan telur
- Ikan dan daun salad
- Susu dan cuka
- Buah dan susu (contohnya, koktail)
- Ini kerana makanan mempunyai ion-ion yang berbeza samaada ion negatif atau positif dan ia tidak boleh bercampur kerana ia akan merosakkan usus kita.
- Jangan sesekali memakan buah-buahan selepas memakan nasi tetapi sebaliknya memakan buah-buahan sebelum memakan nasi.
- Tidur sekejap selepas tengahari (selepas Zohor dan sebelum Asar)
- Jangan makan di lewat malam dan sebaik-baiknya makan malam sebelum waktu Maghrib
- Mandi di waktu pagi (sebelum Subuh) atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik kerana ini air yang sejuk dapat meresap ke dalam badan seterusnya mengurangkan lemak terkumpul.
- Minum air sejuk(bukan air ais) di waktu pagi setiap hari bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit
- Di waktu subuh kita disunatkan untuk bertakafur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini dapat mengelak dari diserang sakit kepala atau migrain. Ini telah terbukti dengan penemuan saintis bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di dalam kepala yang tidak dipenuhi darah. Jadi dengan sujud ruang tersebut dapat dipenuhi darah.
- Nabi juga mengajar kita memakan menggunakan tangan dan apabila habis hendaklah dijilat jari. Kebaikannya ialah terdapat enzime yang banyak di terkandung di celahan jari iaitu 10 kali ganda lebih daripada yang terdapat dalam air liur. Ianya diperakui oleh ahli sains masa kini melalui penyelidikan yang dibuat. (enzime merupakan agen pencerna makanan tanpanya makanan tidak boleh terhadam)
No comments:
Post a Comment