Wednesday, November 21, 2012
Cool - Telaga Bertangga Paling Dalam Di Dunia
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Chand Baori adalah telaga bertangga yang terkenal dan terletak di sebuah perkampungan Abhaneri berhampiran Jaipur, India. Telaga bertangga ini terletak berdepan dengan kuil Harshat Mata dan merupakan telaga yang terdalam dan terbesar pernah dibina di dunia. Ianya dibina pada kurun ke-9 dan mempunyai kira-kira 3500 anak tangga dan sedalam lebih kurang 100 kaki. Nicely done. Check it out!!!
Thanks to Aqilah Hasanah for the info
Tuesday, November 20, 2012
Kesihatan - Khasiat Bawang Putih
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Adakah bawang putih digunakan dalam masakan semata-mata untuk menambah rasa? Jawapannya tidak, kerana bawang putih mempunyai pelbagai khasiat yang tidak kita ketahui. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai khasiat yang terdapat dalam bawang putih. Check it out!!!
Mengurangkan Risiko Strok
- Bawang putih merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah yang seterusnya dapat mengembangkan saluran darah dan seterusnya mengawal tekanan darah yang baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
Mengurangkan Risiko Kanser
- Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang dapat membantu mengurangkan free radical dalam darah jadi ia dapat mengurangkan risiko kanser
Kesihatan - Fakta Tentang Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Saya percaya kebanyakkan dari kita memakan sesuatu makanan itu adalah disebabkan keenakan rasanya dan jarang sekali mengambil kira khasiat dan faedah yang mampu kita peroleh dari makanan-makanan tersebut. Di sini saya kongsikan serba sedikit informasi yang boleh dijadikan panduan dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. Semoga informasi ini dapat membantu anda dan keluarga.
Kesihatan - Cara Menjaga Kesihatan Ketika Banjir
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Sejak kebelakangan ini banjir mula melanda beberapa negeri di kawasan semenanjung Malaysia. Selain kerugian harta benda, penduduk di kawasan terlibat atau berisiko banjir dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam memelihara kesihatan diri dan keluarga serta mengelakkan dari kecederaan semasa banjir. Antara cara yang ingin saya kongsikan di sini adalah:-
Minum air yang bersih
- Pastikan kita meminum air yang bersih supaya tidak mudah mendapat penyakit
- Jika sumber air yang diperolehi tidak diyakini kebersihannya, air tersebut perlu dimasak terlebih dahulu sebelum diminum
Monday, November 19, 2012
Cool - Manusia Super
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Superman, Spiderman, Ultraman dan banyak lagi adiwira-adiwira yang kita tahu kewujudannya di dalam filem-filem yang dihasilkan sejak dahulu lagi. Tetapi tahukah anda bahawa manusia super benar-benar wujud? Cuma kekuatannya tidaklah seperti dalam filem-filem tersebut, Mari kita lihat bersama manusia-manusia yang boleh dianggap super di dunia pada masa kini. Check it out!!!
Thanks to Aqilah Hasanah for the info
Claudio Pinto
- Beliau mampu mengeluarkan matanya sehingga 4cm atau 95% dari keseluruhan bola matanya
Michel Lotito
- Dikenali sebagai Mr. Eat-It-All
- Mampu memakan benda-benda yang manusia biasa tidak mampu makan seperti logam, kaca, dan sebagainya
- Beliau juga pernah memakan basikal, televisyen bahkan sebuah pesawat Cessna 150 yang memerlukan beliau mengambil masa 2 tahun untuk menghabiskan keseluruhan pesawat tersebut
Cool - Jika Perempuan Mengawal Dunia
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Anda tahu apa yang akan terjadi sekiranya perempuan mengawal dunia ini? Jika tidak mari kita lihat bersama-sama apa yang akan terjadi pada dunia ini.
Thanks to Aqilah Hasanah for the info
Subscribe to:
Posts (Atom)