Tuesday, November 20, 2012

Kesihatan - Khasiat Bawang Putih


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Adakah bawang putih digunakan dalam masakan semata-mata untuk menambah rasa? Jawapannya tidak, kerana bawang putih mempunyai pelbagai khasiat yang tidak kita ketahui. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai khasiat yang terdapat dalam bawang putih. Check it out!!!

Mengurangkan Risiko Strok

  • Bawang putih merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah yang seterusnya dapat mengembangkan saluran darah dan seterusnya mengawal tekanan darah yang baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok

Mengurangkan Risiko Kanser
  • Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang dapat membantu mengurangkan free radical dalam darah jadi ia dapat mengurangkan risiko kanser
Antibakteria dan Antivirus
  • Bawang putih terdapat sejenis bahan yang dikenali sebagai Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria 
  • Ianya amat baik untuk jangkitan perut, influenza dan sebagainya

Antiinflamasi
  • Ia dapat membantu dalam mengurangkan penyakit asma, inflamasi pada arhritis pada sendi
Mengandungi Banyak Iodin
  • Amat baik untuk pesakit yang mengidap hypertiroid
Membantu Sistem Pencernaan
  • Bawang putih merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan makanan dalam saluran makanan
Meningkatkan Sistem Imunisasi
  • Kajian menunjukkan pengambilan 2 atau 3 biji bawang putih sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh
  • Kandungan Di-sulphide dalam bawang putih membantu menurunkan tahap kolesterol dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung
Semoga mendapat manfaat daripada apa yang telah saya kongsikan ini. Renung-renungkan lah kata-kata dibawah oleh Clifford Stoll ini:-





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...