Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Sejak kebelakangan ini banjir mula melanda beberapa negeri di kawasan semenanjung Malaysia. Selain kerugian harta benda, penduduk di kawasan terlibat atau berisiko banjir dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam memelihara kesihatan diri dan keluarga serta mengelakkan dari kecederaan semasa banjir. Antara cara yang ingin saya kongsikan di sini adalah:-
Minum air yang bersih
- Pastikan kita meminum air yang bersih supaya tidak mudah mendapat penyakit
- Jika sumber air yang diperolehi tidak diyakini kebersihannya, air tersebut perlu dimasak terlebih dahulu sebelum diminum
Makan makanan yang telah dimasak
- Elakkan memakan makanan yang mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dikupas dahulu kulitnya bagi mengelakkan dari mendapat penyakit akibat bakteria dari makanan tersebut
- Tudung makanan dan jangan biarkan makanan terdedah
Kebersihan
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
- Basuh tangan dengan sebaiknya
- Buang sampah di tempat yang sepatutnya
Semoga tips yang saya kongsikan dapat membantu anda mengekalkan kesihatan anda. Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment