Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Dunia ini penuh dengan kejadian kebetulan yang menakjubkan dan
synchronicity*
yang menentang penjelasan. Adakah cerita-cerita kebetulan yang luar biasa ini benar-benar sekadar kebetulan atau nasib?
Find the explanation by yourself. Check it out!!
*synchronicity - persepsi mengenai hal-hal kebetulan yang mempunyai maknanya yang tersendiri
Sebutir Peluru Yang Mencapai Takdirnya Bertahun Kemudian
- Henry Ziegland rasa bahawa beliau mampu mengelak takdirnya apabila putus cinta dengan teman wanitanya dan membuatkan teman wanitanya tidak mampu menahan tekanan lalu membunuh diri. Abang teman wanitanya memburu beliau dan menembak beliau dan merasakan bahawa beliau sudah mati. Tersentak dengan kejadian tersebut abang teman wanitanya membunuh diri namun Ziegland hanya cedera sedikit di muka dan peluru tersebut terlekat di sebatang pokok.
- Selepas beberapa tahun Ziegland cuba mengeluarkan peluru tersebut tetapi tidak berjaya jadi beliau menggunakan dinamit dan letupan itu menyebabkan peluru tersebut bergerak dan menembusi kepala Ziegland dan membunuhnya serta merta.
Kereta Sumpahan James Dean
- Pada September 1955, James Dean terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan mati ketika dia memandu kereta Porsche beliau. Selapas kemalangan itu kereta itu membawa banyak kejadian nasib buruk. Antaranya ialah :
- Apabila kereta itu dibawa ke tempat pembaikian enjin kereta tersebut tiba-tiba jatuh dan menimpa kaki mekanik tersebut lalu menghancurkan kaki mekanik tersebut
- Enjin itu kemudiannya dibeli oleh seorang doktor dan meletakkannya ke dalam kereta lumba miliknya, dan akhirnya terbunuh dalam satu perlumbaan.
- Seorang pemandu kereta lumba yang lain juga menerima nasib yang sama dan terdapat aci pemacu kereta James Dean dipasang pada keretanya
- Apabila kereta itu siap dibaiki tempat pembaikian kereta tersebut musnah dalam kebakaran
- Kereta itu kemudiannya dipamerkan tetapi tiba-tiba ia terjatuh dari tempat pameran lalu mematahkan pinggang seorang remaja
- Apabila kereta itu di angkut menggunakan trak ia terjatuh dan melanggar bahagian depan sebuah kedai
- Akhirnya pada 1959 kereta itu dengan misterinya terbahagi kepada 11 bahagian