Wednesday, October 24, 2012

Petua - Tips-tips Meningkatkan Daya Ingatan


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Post ini khas kepada pelajar-pelajar tidak di peringkat mana anda belajar sekali pun kerana ia amat berguna untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadiri. Buat pelajar-pelajar UKM bersiap sedialah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan semester tidak lama lagi. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan daya ingatan. Selamat mencuba dan gudluck for your exam :)


  • Membaca Al-Quran
    • Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka sehari. Dengan membaca Al-Quran ia dapat membantu menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan anda dengan lebih baik


  • Amalkan Tidur Yang Mencukupi
    • 1/3 dari hidup kita dihabiskan dengan tidur dan itu menunjukkan tidur adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita. Namun ada segelintir dari kita terutamanya pelajar suka tidur lewat kerana terpaksa menyiapkan assignment. Tidur adalah perlu kerana badan kita perlu berehat dan keletihan hanya akan mengganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak dan menjejaskan kemampuan otak untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di waktu malam kerana ia membantu kita menambah daya ingatan


  • Mengawal Tekanan
    • Tekanan hanya akan membuatkan jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda akan terganggu(untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tekanan klik>Stres)
    • Ia juga akan mengganggu daya ingatan anda jadi anda perlu mengawal tekanan dengan sebaiknya untuk mengelak dari menjadi pelupa


  • Bersenam
    • Bersenam dapat menggerakkan otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Jadi, daya ingatan kita juga akan bertambah baik.


  • Elakkan Kemurungan
    • Kemurungan akan memberi kesan teruk kepada hidup anda kerana hidup anda tidak lagi ceria seperti orang lain. Anda juga akan sentiasa berada di dalam keadaan tidak segar dan merasa sangat kecewa. Lama kelamaan ia akan menjejaskan daya ingatan anda dan membuatkan anda tidak perihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling anda.


  • Belajar Sesuatu Yang Baru
    • Cuba menjadikan minda anda seaktif yang boleh dengan membuat soalan yang menguji minda anda dan mempelajari sesuatu yang baru seperti mempelajari bahasa asing seperti bahasa Jepun , Korea dan lain-lain lagi





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...