Sunday, October 7, 2012

Kesihatan - Sarapan Yang Mudah Dan Menyihatkan


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Namun tidak ramai yang mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan ini. Apa kepentingan sarapan?

Sarapan sangat penting kerana selepas semalaman tidur sudah semestinya perut anda menjadi kosong dan tubuh badan anda akan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula dalam darah juga menjadi rendah dan seterusnya akan mengurangkan tenaga anda.

Mengambil sarapan pagi dapat membantu anda mengurangkan berat badan anda kerana ia mengelakkan anda mengambil makanan ringan atau snek sebelum makan tengah hari. Walaubagaimana pun sarapan yang diambil mestilah sihat dan berkhasiat dan bukannya yang berlemak dan tinggi tahap kolestrolnya.

Antara contoh-contoh sarapan yang boleh anda ambil ialah:


Sediakan semangkuk salad untuk dimakan kerana ianya berkhasiat tinggi di samping rendah lemak.








Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Anda perlu menggunakan roti yang tinggi serat dan bukannya roti putih.









Muffin juga boleh menjadi pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan.













Sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal juga merupakan pilihan sarapan yang baik. Kombinasi ini dapat membuatkan anda kenyang hingga waktu makan tengah hari.






Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah disediakan. Untuk menambah selera anda boleh menambah hirisan-hirisan buah-buahan ke dalam bijirin yang anda sediakan.





Telur dadar yang bercampur dengan sayur-sayuran juga merupakan pilihan sarapan pagi yang baik.














Untuk melengkapkan hidangan sarapan pagi anda, anda boleh meminum jus buah-buahan yang dikisar sendiri untuk memastikan kesegarannya. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapatkan kalsium.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...