Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Hari ini kita masih bernafas dan mendapat nikmat-Nya namun pernahkah kita bersyukur dan mentaati perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya? Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang diperolehi kerana tidak ramai yang mendapat peluang kedua dalam hidup mereka dan walaupun mendapat peluang kedua, mereka terpaksa melalui saat-saat yang tragis dan sadis ni. Ini adalah orang-orang yang mendapat peluang kedua untuk hidup. Semoga kejadian-kejadian ini dapat dijadikan iktibar.
Andes Survivors: Crashed on the Andes Mountains
- Kejadian yang berlaku pada 13 Oktober 1972 ini melibatkan pesawat FH-227D meragut nyawa 12 orang dan hanya 16 orang yang terselamat selepas bertahan selama 72 hari di kawasan yang bersuhu rendah serta bekalan makanan yang sedikit.
Roy Sullivan - Dipanah Petir 7 Kali
- Beliau dipanah petir kali pertama pada 1942. Beliau terkena panahan petir pada kaki hinggai menyebabkan kuku ibu jari tercabut
- Pada 1969 beliau dipanah petir buat kali yang kedua yang menyebabkan keningnya terbakar dan membuat beliau pitam
- Pada 1970, panahan petir membuatkan bahu kirinya terbakar
- Pada 1972, panahan petir seterusnya membuatkan rambutnya terbakar
- Pada 1973, panahan petir bukan sahaja membuatkan rambutnya terbakar malah membuatkannya terpelanting ke luar traknya
- 1976, panahan petir yang ke-enam menyebabkan buku lalinya tercedera
- 1977, panahan petir terakhir menyebabkannya dihantar ke hospital dengan dada dan perut terbakar
Truman Duncan: Badan Terbelah Dua Digilis Kereta Api
- Beliau yang bekerja sebagai penukar landasan terjatuh di hadapan kereta api yang bergerak
- Yang menakjubkannya, beliau sendiri yang membuat panggilan kecemasan dan terselamat menunggu selama 45 minit dalam keadaan parah dan akhirnya terpaksa menjalani 23 pembedahan
Aron Ralston: Memotong Tangan Kanannya Sendiri Untuk Selamat
- Pada 2003, beliau dalam perjalanan canyoneering nya di Blue John Canyon, sebuah batu besar jatuh dan menindih tangan kanannya membuatkannya tidak dapat ke mana-mana
- Beliau terpaksa hidup dengan keadaan yang sadis sekali dengan terpaksa meminum air kencing sendiri untuk hidup dan akhirnya selepas 5 hari beliau membuat keputusan untuk memotong tangan kanannya walaupun tidak mempunyai pisau yang tajam (Cuba bayangkan betapa seksanya beliau ketika itu)
Joe Simpson: Menakluki Siula Grande Tetapi Terjatuh Ke Dalam Jurang Ais
- Beliau terjatuh dari ketinggian 100 kaki dan terselamat namun terpaksa hidup menderita kerana tidak mampu berjalan
- Beliau terpaksa merangkak selama 3 hari untuk sampai ke kem semula
No comments:
Post a Comment