Thursday, October 11, 2012

Seram - Tempat-tempat Berhantu Di Malaysia


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Terdapat banyak kawasan dan tempat-tempat yang boleh dikatakan berhantu di Malaysia. Tempat-tempat ini dikatakan sebegitu adalah kerana peristiwa-peristiwa dan kejadian aneh yang berlaku di tempat tersebut sehingga membuatkan orang ramai takut. Antaranya ialah :-

Penjara Pudu
-Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa penjara pudu merupakan tempat yang 'keras' dan berhantu di Malaysia. Ini berikutan banyak akhbar-akhbar yang melaporkan kejadian paranormal yang berlaku di situ.Kejadian-kejadian seperti kewujudan gangguan lembaga hitam, kemunculan wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara, dan lain-lain lagi. Gangguan ini bukan sahaja dirasai oleh banduan malah pegawai yang bertugas juga tidak terkecuali.

Amber Apartment, Genting Highlands
-Sebuah apartment yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Beberapa pengunjung pernah menyaksikan kelibat manusia terjun dari tingkap bangunan dan hilang sejurus sebelum sampai ke tanah.

Villa Nabila, Johor Bahru
-Suatu ketika dahulu pernah terjadi satu kes pembunuhan di sini dan sejak dari hari itu banyak penemuan mistik telah dijumpai di sekitar kawasan tersebut.

Lebuhraya Karak
-Sering kali kawasan ini dikatakan berhantu disebabkan kejadian-kejadian paranormal yang berlaku. Tempat ini dikatakan ada terdapat sebuah kereta Volkswagon bewarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Terowong di sini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Banglo Mona Fandey
-Banglo yang penah didiami seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga seorang bomoh. Kes yang melibatkan dia, suaminya serta pembantu mereka melakukan pembunuhan di Temerloh, Pahang telah menggembarkan dunia.

Highland Tower, Kuala Lumpur
-Suatu masa dulu ia merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun tragedi runtuhan yang berlaku meragut banyak nyawa, tetapi hanya sedikit sahaja mayat yang dijumpai dan masih banyak lagi yang masih terkubur di sana.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...