Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Post ini khas kepada sesiapa yang kurang rajin bersenam (termasuk admin) kerana ia dapat membantu dalam membina tubuh badan yang ideal dan sihat. Jika anda nak tahu terdapat banyak faedah berjalan tetapi sebelum itu apa kata kita selidik dahulu berapa banyak kalori yang dapat kita bakar hanya dengan berjalan. Dengan ini anda boleh merancang dan mengetahui berapa banyak kalori yang anda telah bakar.
- Berjalan sejauh 10,000 langkah dapat membakar sehingga 300 hingga ke 500 kalori
- Berjalan dalam masa 60 minit sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori (Sama dengan sekeping roti canai jew berbaloi ker? Siapa suruh malas sangat nak bersenam, terima saja la)
- Jika anda berjalan kaki sejauh 1 Km secara puratanya anda telah berjalan sebanyak 1200 langkah
- 10,000 langkah juga bersamaan dengan anda berenang tanpa berhenti selama 90 minit(Tabiklah kalau boleh buat), berbasikal selama 70 minit, dan bermain bola sepak selama 90 minit(untuk penjaga gol rsanya ia dikecualikan ^^)
Faedah Berjalan Kaki
- Dapat mencegah darah tinggi dan strok
- Mengurangkan risiko diabetis (< klik untuk maklumat lanjut tentang diabetis), ini kerana apabila kita berjalan, keupayaan badan kita memproses gula meningkat seterusnya melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung kerana apabila kita berjalan kalori akan terbakar seterusnya merendahkan paras kolesterol
- Dapat mengawal berat badan dan mengekalkan tubuh badan yang ideal
- Dapat mengurangkan tekanan (stress) kerana apabila kita berjalan ia dapat meransang penghasilan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat
- Membantu menguatkan otot badan dan tulang serta mengurangkan risiko osteoporosis (Keadaan di mana tulang mereput)
Cara-cara Yang Boleh Membantu Anda Berjalan Setiap Hari
- Menggunakan tangga instead of lif atau escalator
- Tidak menggunakan alat kawalan jauh untuk menukar saluran televisyen
- Mencuci kereta sendiri
- Beriadah bersama keluarga
- Membeli-belah (Kebanyakkan wanita suka yang ni)
- Hiking dan bersahabat dengan alam
- Menziarah rakan sekerja (Kepada wanita jangan pergi bergosip sudah)
- Parking kereta jauh dari tempat yang ingin dikunjungi
Ingatlah sesuatu yang baik itu tidak akan datang dengan sendirinya melainkan ada usaha. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment