Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Apa Itu Diabetis?
- Diabetis ialah sejenis penyakit di mana kandungan gula dalam darah adalah tinggi
- Penghidap penyakit ini biasanya mempunyai paras lemak dalam darah yang tidak normal dan tekanan darah tinggi
- Biasanya ia tidak menunjukkan simptom hingga ianya benar-benar serius
Bagaimana Ianya Berlaku?
- Badan kita menukarkan karbohidrat seperti nasi, roti dan lain-lain kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam sel-sel kita, namun jika seseorang itu mengidap penyakit ini, tahap insulin atau lebih mudah ditakrifkan sebagai hormon yang membenarkan glukosa masuk rosak atau tidak mencukupi mengakibatkan ia terkumpul dalam darah pengidap penyakit ini.
Faktor Risiko Diabetis
- Sejarah diabetis dalam salasilah keluarga (Genetik)
- Terlebih berat badan (Obesiti)
- Kurang bersenam
- Tekanan darah tinggi
- Paras kolesterol dalam darah yang tinggi
- Melahirkan bayi yang besar
Cara Melindungi Diri Anda Dari Diabetis
- Amalkan diet yang seimbang
- Makan secara sederhana (Tidak terlalu banyak atau sedikit)
- Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi serat (Bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran)
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak, gula, garam dan lemak yang berlebihan
- Tingkatkan aktiviti fizikal harian
- Mengurangkan berat badan dapat mengurangkan risiko (Klik link ni>Tips Mengurangkan Berat Badan untuk tips-tips mudah mengurangkan berat badan)
Simptom Lazim
-Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami simptom-simptom berikut :
- Sentiasa dahaga dan lapar
- Selalu membuang air kecil
- Kehilangan berat badan secara mendadak
- Sentiasa letih
try
ReplyDelete