Monday, October 22, 2012

Top 10 - Jambatan Paling Panjang Di Dunia


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Ini adalah senarai 10 jambatan terpanjang di dunia berserta maklumat-maklumatnya. Gambar-gambar yang menarik ini memberi kita gambaran bahawa dunia ini tiada sempadan dan semuanya mampu dicapai. What an awesome bridge. Check it out!!!

Thanks to Aqilah Hasanah for the info

10 - Jambatan Seven Mile

  • Jambatan yang terletak di Florida Keys yang menyambungkan antara Key Vaca di Marathon Florida dengan Little Duck Key di Lower Keys. Ia adalah salah satu dari jambatan-jambatan yang terletak di Amerika Syarikat dan jalannya dipanggil "Overseas Highway"

9 - Jambatan San Mateo-Hayway 
  • Biasanya dipanggil Jambatan San Mateo adalah sebuah jambatan yang menyeberangi California San Fransisco Bay di Amerika Syarikat dan menghubungkan San Francisco Bay dengan East Bay
  • Jambatan ini dimiliki oleh negeri California dan dikekalkan oleh Caltrans iaitu sebuah agensi lebuhraya

8 - Jambatan Confederation

  • Jambatan yang menyambungkan Prince Edward Island dengan tanah besar New Brunswick, Canada
  • Dibina bermula musim luruh tahun 1993 sehingga musim panas 1997 dan menelan belanja sebanyak $1.3 bilion
  • Panjang jambatan ini adalah 12.9 kilometer dan mula dibuka pada 31 Mei 1997


7 - Jambatan Rio Niteroi 
  • Jambatan yang menyambungkan antara Niteroi dan Rio de Janeiro, Brazil
  • Mula dibina pada Januari 1969 dan siap dibuka pada 4 Mac 1974

6 - Jambatan Pulau Pinang
  • Jambatan yang menghubungkan antara Seberang Prai di tanah besar dan Gelugor di pulau.
  • Dibuka secara rasminya pada 14 September 1985 dan mempunyai panjang sejauh 13.5 kilometer

5 - Jambatan Vasco da Gama
  • Jambatan sepanjang 17 kilometer ini terletak di Portugal

4 - Jambatan Chesapeake Bay
  • Menyambungkan negeri-negeri di pantai timur dan barat
  • Ia adalah jambatan struktur keluli terpanjang di dunia dengan panjangnya mencecah 7 kilometer dan dibuka pada 1952
  • Jambatan ini dari sebelah timur mempunyai terowong di tengah untuk membolehkan kapal melaluinya dengan mudah dan kemudiannya ia bersambung semula ke sebelah barat

3 - King Fahd Causeway
  • Jambatan ini menyambungkan antara Khobar, Arab Saudi dengan Bahrain
  • Ia dibuka secara rasminya pada 25 November 1986

2 - Jambatan Donghai
  • Ia adalah jambatan merentasi laut terpanjang di dunia dan merupakan jambatan terpanjang di Asia
  • Jambatan sepanjang 32.5 kilometer ini siap dibina pada 10 Disember 2005
  • Ia menghubungkan Shanghai dan pelabuhan air dalam luar persisir Yangshan, China
  • Jambatan ini dilengkapi dengan bahagian yang boleh membenarkan kapal melaluinya dan kapal yang terbesar boleh melaluinya adalah sebesar 420 meter lebar

1 - Lake Pontchartrain Causeway 
  • Jambatan ini merupakan jambatan berkembar dan merupakan jambatan paling panjang berdasarkan kiraan jumlah panjang(kedua-dua panjang jambatan) iaitu sepanjang 38.42 kilometer



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...