Monday, October 15, 2012

Cool - Kebetulan Yang Menakjubkan


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Dunia ini penuh dengan kejadian kebetulan yang menakjubkan dan synchronicity* yang menentang penjelasan. Adakah cerita-cerita kebetulan yang luar biasa ini benar-benar sekadar kebetulan atau nasib? Find the explanation by yourself. Check it out!!
*synchronicity - persepsi mengenai hal-hal kebetulan yang mempunyai maknanya yang tersendiri

Sebutir Peluru Yang Mencapai Takdirnya Bertahun Kemudian

  • Henry Ziegland rasa bahawa beliau mampu mengelak takdirnya apabila putus cinta dengan teman wanitanya dan membuatkan teman wanitanya tidak mampu menahan tekanan lalu membunuh diri. Abang teman wanitanya memburu beliau dan menembak beliau dan merasakan bahawa beliau sudah mati. Tersentak dengan kejadian tersebut abang teman wanitanya membunuh diri namun Ziegland hanya cedera sedikit di muka dan peluru tersebut terlekat di sebatang pokok.
  • Selepas beberapa tahun Ziegland cuba mengeluarkan peluru tersebut tetapi tidak berjaya jadi beliau menggunakan dinamit dan letupan itu menyebabkan peluru tersebut bergerak dan menembusi kepala Ziegland dan membunuhnya serta merta.

Kereta Sumpahan James Dean
  • Pada September 1955, James Dean terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan mati ketika dia memandu kereta Porsche beliau. Selapas kemalangan itu kereta itu membawa banyak kejadian nasib buruk. Antaranya ialah :
    • Apabila kereta itu dibawa ke tempat pembaikian enjin kereta tersebut tiba-tiba jatuh dan menimpa kaki mekanik tersebut lalu menghancurkan kaki mekanik tersebut
    • Enjin itu kemudiannya dibeli oleh seorang doktor dan meletakkannya ke dalam kereta lumba miliknya, dan akhirnya terbunuh dalam satu perlumbaan. 
    • Seorang pemandu kereta lumba yang lain juga menerima nasib yang sama dan terdapat aci pemacu kereta James Dean dipasang pada keretanya
    • Apabila kereta itu siap dibaiki tempat pembaikian kereta tersebut musnah dalam kebakaran
    • Kereta itu kemudiannya dipamerkan tetapi tiba-tiba ia terjatuh dari tempat pameran lalu mematahkan pinggang seorang remaja
    • Apabila kereta itu di angkut menggunakan trak ia terjatuh dan melanggar bahagian depan sebuah kedai
    • Akhirnya pada 1959 kereta itu dengan misterinya terbahagi kepada 11 bahagian



Kebetulan Hidup Pasangan Kembar Yang Menakjubkan
  • Sepasang pasangan kembar yang dilahirkan di Ohio ini, dilahirkan dan dipisahkan dari masing-masing dan mereka tidak tahu antara satu sama lain. Kedua-dua keluarga yang mengambil mereka kedua-duanya menamakan sebagai James
  • Kebetulan yang menakjubkan  ini bermula apabila mereka berdua membesar tanpa kenal satu sama lain tetapi mempunyai minat yang sama terhadap penguatkuasaan undang-undang dan kedua-duanya mempunyai keupayaan dalam mechanical drawing dan carpentry serta kedua-duanya berkahwin dengan wanita yang bernama Linda
  • Mereka berdua mempunyai anak lelaki, satu dinamakan James Alan dan satu lagi dinamakan James Allan
  • Mereka berdua kemudiannya bercerai dan berkahwin semula dengan kedua-dua mereka mendapat isteri bernama Betty
  • Mereka berdua juga mempunyai seekor anjing bernama Toy
  • Setelah 40 tahun terpisah, mereka berdua kemudiannya disatukan kembali dan menceritakan pengalaman hebat mereka


Seorang Penulis Yang Menemui Buku Kesukaannya Pada Waktu Kecil Semula
  • Apabila seorang penulis Amerika bernama Anne Parrish mencari buku di sebuah kedai buku, beliau terjumpa sebuah buku kesukaannya ketika kecil. Beliau kemudiannya membeli buku lama itu dan menunjukkan buku tersebut kepada suaminya. Lantas suaminya membuka buku tersebut dan pada kulit buku sebelah dalam buku tersebut tertulis "Anne Parrish, 209 N.Weber Street, Colorado Springs." Kebetulan buku itu adalah buku miliknya ketika kecil


Sama Seperti Buku Edgar Allan Poe
  • Edgar Allan Poe adalah seorang penulis buku seram yang terkenal, beliau telah menulis sebuah buku yang mengisahkan empat orang mangsa kapal karam yang terselamat dan berada dalam bot terbuka selama beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk membunuh dan memakan salah seorang dari mereka dan mangsa tersebut bernama Richard Parker
  • Bertahun kemudian, terdapat kapal karam dan empat orang terselamat dan berada dalam bot terbuka selama beberapa hari dan kemudian mengambil keputusan untuk membunuh dan memakan seorang mangsa yang terselamat. Kebetulannya mangsa tersebut bernama Richard Parker











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...