Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Stres?
- Stres adalah beberapa reaksi fizik dan psikologi yang ditunjukkan oleh seseorang dalam memberi respon terhadap beberapa perubahan yang berlaku samada ia mengancam mahupun menganggu hidup seseorang itu.
Apakah Kesan-kesan Stres?
- Stres jika tidak ditangani dengan betul ia akan menjadi teruk sehingga pada satu tahap ia mampu melemahkan sistem imun kita seterusnya menyebabkan sistem imun kita berputus asa dan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit kerana kegagalan sistem imun untuk berfungsi
- Badan mengeluarkan toksin yang banyak dan menyebabkan badan berasid yang akan menyebabkan badan kita cepat menjadi letih, tidak bertenaga, dan hilang fokus
- Ia akan menyebabkan hormon tidak stabil khususnya wanita ini akan menyebabkan rambut mula gugur, kitaran haid tidak teratur, berat badan naik secara mendadak walaupun makan dengan jumlah yang sedikit serta menyebabkan wajah kelihatan lebih tua dari yang sepatutnya
- Stres juga dapat membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan kerana terlalu tertekan dengan apa yang dihadapi
Apakah Punca-punca Masalah Ini?
- Tidak mendapat apa yang dihajati
- Suasana persekitaran tempat kerja atau rumah yang teruk
- Beban kerja yang terlalu banyak
- Desakan masa terhadap perkara yang perlu diselesaikan
- Masalah kewangan
- Masalah hubungan
- Kehilangan orang terdekat
- Kekecewaan
Cara Mengatasi Stres
- Amalkan Sikap dan Gaya Hidup Yang Sihat
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan minda yang terbuka dan bersedia menerima perkara-perkara yang tidak disangka
- Makan makanan yang seimbang dan sihat serta teratur
- Elakkan melakukan perkara yang tidak sihat
- Mengetahui Had dan Kemampuan Diri Sendiri
- Tidak terlalu memaksa diri dalam melakukan sesuatu perkara
- Jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah yang tidak mampu diselesaikan
- Luahkan Perasaan dan Masalah Yang Dihadapi
- Luahan perasaan akan mengurangkan tekanan dan menyebabkan kita menjadi lebih tenang
- Fahami Punca Anda Mengalami Stres
- Selidik punca dan masalah yang menyebabkan anda mengalami stres
- Cuba selesaikan masalah dengan meminta pertolongan dari pihak lain seperti rakan karib mahupun kaunselor
- Ubah rutin harian yang menyebabkan anda menjadi stres
- Senaraikan Segala Masalah Yang Dihadapi
- Letakkan keutamaan terhadap permasalahan yang dihadapi
- Selesaikan masalah yang dihadapi satu persatu
- Selesaikan masalah pada waktu yang sesuai supaya ia tidak menjadi lebih buruk
No comments:
Post a Comment